Selasa, 24 Jun 2014

SARANA PIBG : PERPUSTAKAAN KELUARGA

Semasa Majlis Mesyuarat Agung PIBG yang lalu, PIBG telah melancarkan PROGRAM PERPUSTAKAAN KELUARGA. Program ini merupakan salah satu sarana PIBG SK BANDAR PUSAT, yang akan melaksanakan penilaiannya pada bulan Ogos nanti bagi memilih Perpustakaan Terbaik. 

Jumaat, 16 Mei 2014

HARI GURU 16 MEI 2014

PIBG tidak mahu terlepas peluang untuk mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua guru SK Bandar Pusat.


NYDP PIBG SK Bandar Pusat merasmikan sambutan dan turut meraikan para guru. 
Sesungguhnya pengorbanan guru sangat besar, lebih-lebih lagi guru-guru di sekolah ini yang begitu kreatif dan berinovasi sebagai mana Tema Hari Guru tahun ini GURU : PENCETUS KREATIVITI PENJANA INOVASI.

SELAMAT HARI GURU 16 MEI 2014

Jumaat, 2 Mei 2014

majlis perjumpaan ibubapa tahun 6

Satu perjumpaan akan diadakan pada ketetapan berikut:
 a) tarikh : 5,6,8 Mei 2014
 b) masa   : 3.00 - 4.30 petang
 c) tempat : bilik seminar PKG, Bandar Pusat.
 d) penglibatan:
        1. isnin  ( 5 Mei )  - 6 ukm1
        2. selasa ( 6 mei) - 6 ukm 2
        3. rabu (8 mei) - 6 um dan upm
diharap semua ibubapa dapat menghadirkan diri. kerjasama tuanpuan didahului dengan terima kasih.

Sabtu, 26 April 2014

SARANA PIBG PROGRAM PERPUSTAKAAN KELUARGA

PIBG SK Bandar Pusat telah melancarkan Program Perpustakaan Keluarga pada 15 Februari 2014, bersempena dengan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-37. Satu penerangan tentang Program Perpustakaan Keluarga telah disampaikan oleh Puan Rosnita Jaafar dari Perepustakaan Al Bukhary UiTM Cawangan Jengka.



Berikutan itu, borang penyertaan pertandingan Perpustakaan Keluarga telah diedarkan kepada yang berminat dan penilaian akan dijalankan secara berkala untuk mengenal pasti Perpustakaan Keluarga terbaik dan boleh dijadikan contoh.

 

Jumaat, 25 April 2014

KURSUS BINA BLOG

Pembabitan 10 orang AJK PIBG SKBP dalam kursus membina blog

KUNJUNGILAH BLOG KAMI

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU, SK BANDAR PUSAT
kini telah membangunkan blog PIBG untuk manfaat semua warga sekolah dan komuniti yang ingin mendapatkan info, memberi sebarang cadangan atau komen berkaitan dengan persatuan ini.