RUANGAN YDP




Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum w.b.t
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan kesyukuran ke hadrat illahi kerana dengan keizinan-Nya, maka kita dapat sekali lagi bertemu dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke 38 ini. 

Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua AJK PIBG yang telah sama-sama bekerja dan berusaha membantu pihak sekolah dalam pelbagai program. Saya mewakili semua AJK PIBG akan terus menyokong segala program yang telah dianjurkan oleh pihak sekolah bagi memacu kecemerlangan murid. 

Saya juga berharap dalam pertemuan seperti ini, kita dapat bersama-sama menyumbang idea untuk memantapkan lagi aktiviti-aktiviti PIBG sekolah ini. Kami AJK PIBG 2013 -2015 telah cuba untuk menjalankan tugas kami dengan cara yang terbaik. Di dalam segala tindakan kami, kami sentiasa memikirkan kepentingan dan kebajikan anak-anak kita di sekolah ini khasnya. 

Sumbangan tuan/puan telah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk membantu program sekolah bertujuan meningkatkan pencapaian pendidikan dan sahsiah anak-anak kita di sekolah ini. Tuan/puan bolehlah melihat buku aturcara mesyuarat agung kali ini, di mana terdapat di dalamnya mengenai aktiviti PIBG dan juga sumbangan PIBG kepada sekolah. Pada sesi 2013 -2015 ini, PIBG telah meneruskan kesinambungan aktiviti untuk kecemerlangan pelajar seperti mengadakan kelas tambahan pada waktu malam bagi tahun 6 yang bakal mengambil peperiksaan UPSR September ini.

PIBG adalah satu saluran penting dalam membantu pihak sekolah untuk membina kecemerlangan. Kejayaan dan kecemerlangan PIBG adalah kerana sokongan dan kerjasama yang erat antara ahli dan juga sokongan oleh pihak pentadbiran dan guru-guru sekolah ini. PIBG memainkan peranan penting dalam usaha membantu menyediakan satu jalinan kerjasama yang baik bagi membina sebuah sekolah yang sentiasa mengejar kecemerlangan. 

PIBG mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada pentadbiran sekolah dan guru-guru serta kakitangan yang tidak henti berusaha dan telah mengangkat nama sekolah sehingga mendapat penganugerahan SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN 2015 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

PIBG telah juga mengorak langkah seiring dengan keperluan semasa untuk melaksanakan salah satu tranformasi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu program yang dinamakan Sarana ibubapa dan Sarana sekolah. 

Secara ringkasnya, program ini wujud untuk mengeratkan hubungan mesra antara ibu bapa dan guru serta melibatkan ibubapa secara aktif dalam program sekolah dan menjadi pemikir untuk meningkatkan kecemerlangan sekolah. Sedikit sebanyak apa yang diadakan dalam sarana Ibubapa ini dapat dilaksanakan dengan baik untuk mencapai kecemerlangan anak-anak kita di sekolah ini.

Di samping kemajuan akademik, PIBG juga sentiasa bekerjasama dengan pihak sekolah dalam memastikan pembangunan sahsiah pelajar agar anak-anak kita selamat meneruskan kehidupan mereka dalam era kecanggihan teknologi yang penuh cabaran, Mudah-mudahan impian kita sebagai ibubapa untuk melihat anak kita berjaya menjadi insan cemerlang tercapai selaras dengan visi dan misi SK Bandar Pusat. 

Saya berharap agar ahli jawatankuasa baru sesi 2015-2017 yang akan dilantik kelak dapat meneruskan usaha dengan lebih gigih bagi meningkatkan kecemerlangan SK Bandar Pusat ke suatu tahap yang lebih baik berbanding dengan apa yang kita ada hari ini.


Sekian. Wassalam.

Sumber : Aluan YDP PIBG dalam Buku Program Mesyuarat PIBG kali ke-38.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan